Pembayaran & Refund
Halaman ini menerangkan harga pelan, tempoh akses, proses pembayaran, pembatalan dan keadaan refund boleh dipertimbangkan.
Tarikh berkuat kuasa5 Ogos 2026
1. Pelan dan harga
LearnLah One
RM49.90 untuk 12 bulan, satu profil pelajar dan sehingga dua peranti aktif.
LearnLah Family
RM89.90 untuk 12 bulan, sehingga lima profil pelajar dan sehingga enam peranti aktif.
Semua harga dipaparkan dalam Ringgit Malaysia. Jumlah akhir akan dipaparkan sebelum pengguna meneruskan pembayaran.
2. Tempoh akses
Tempoh akses berbayar ialah 12 bulan bermula daripada tarikh pembayaran berjaya dan langganan diaktifkan.
Tarikh tamat dan status langganan boleh dipaparkan pada halaman akaun atau langganan pengguna.
3. Pemprosesan pembayaran
Pembayaran diproses melalui Billplz atau penyedia pembayaran rasmi lain yang diumumkan oleh LearnLah.
Pengguna hendaklah memastikan pembayaran dibuat melalui halaman checkout rasmi. LearnLah tidak meminta kata laluan bank, OTP atau maklumat kad penuh melalui WhatsApp.
4. Status pembayaran
- Berjaya: pembayaran disahkan dan langganan akan diaktifkan.
- Pending: pengesahan belum diterima dan akses berbayar mungkin belum aktif.
- Gagal atau dibatalkan: langganan tidak diaktifkan.
- Duplicate: pengguna perlu menghubungi sokongan dengan kedua-dua rujukan transaksi.
5. Tiada pembaharuan automatik
LearnLah tidak mengenakan caj pembaharuan automatik pada waktu pelancaran. Pengguna perlu memilih pelan dan membuat pembayaran baharu selepas tempoh langganan tamat.
6. Upgrade pelan
Upgrade automatik secara prorata belum disediakan. Permintaan untuk menukar LearnLah One kepada LearnLah Family akan dinilai melalui saluran sokongan rasmi.
Sebarang bayaran tambahan atau tarikh tamat baharu akan dimaklumkan kepada pengguna sebelum perubahan dibuat.
7. Permohonan refund
Permohonan refund hendaklah dikemukakan dalam tempoh tujuh hari dari tarikh pembayaran. Permohonan bukan kelulusan automatik dan akan dinilai berdasarkan keadaan transaksi.
Refund boleh dipertimbangkan bagi keadaan seperti:
- bayaran duplicate;
- bayaran berjaya tetapi akses langsung tidak dapat digunakan kerana masalah pihak LearnLah;
- plan yang salah diaktifkan akibat ralat sistem;
- transaksi tidak sah yang disahkan selepas siasatan;
- keadaan lain yang diwajibkan oleh undang-undang.
8. Keadaan refund biasanya tidak diberikan
- pengguna berubah fikiran selepas menggunakan kandungan;
- pelajar tidak menggunakan akaun;
- masalah internet, browser atau peranti pengguna;
- pengguna tersalah pilih plan dan akses telah digunakan;
- akaun disekat kerana fraud, penyalahgunaan atau pelanggaran terma.
9. Maklumat permohonan refund
Permohonan perlu menyertakan:
- e-mel akaun LearnLah;
- nama pembayar;
- ID atau rujukan transaksi;
- tarikh dan jumlah pembayaran;
- sebab permohonan;
- bukti berkaitan jika diperlukan.
10. Tempoh semakan dan pemulangan
Permohonan akan disemak dalam tempoh yang munasabah, lazimnya antara tujuh hingga empat belas hari bekerja.
Selepas diluluskan, tempoh wang dikreditkan semula bergantung pada bank dan penyedia pembayaran.
11. Pembatalan langganan
Oleh sebab tiada auto-renew, pengguna tidak perlu membatalkan caj berulang. Akses sedia ada kekal sehingga tarikh tamat kecuali berlaku refund penuh, fraud atau pelanggaran terma.
12. Saluran sokongan
Hubungi elxahraventures@gmail.com atau WhatsApp +6011-2838 1322 untuk pertanyaan pembayaran dan refund.