Privacy & Cookies
LearnLah uses essential cookies for login, security and payments. With your permission, additional cookies help us understand how LearnLah is used and measure campaign performance.
Read Privacy Notice
LLearnLah.myBelajar itu seronokKembali ke Homepage
Privacy

Notis Privasi

Notis ini menerangkan data yang kami kumpul, tujuan pemprosesan, teknologi cookies dan pemasaran yang digunakan, pihak yang mungkin membantu memproses data serta pilihan pengguna.

Tarikh berkuat kuasa5 Ogos 2026
Maskot lebah LearnLah
Akaun LearnLah hendaklah dikawal oleh ibu bapa atau penjaga. Kami tidak memerlukan nombor kad pengenalan, gambar sebenar, alamat rumah atau maklumat kesihatan pelajar untuk menggunakan pembelajaran asas.

1. Pihak yang mengendalikan data

Data berkaitan LearnLah.my dikendalikan oleh ELXAHRA VENTURES, nombor pendaftaran 202603123618.

Pertanyaan privasi boleh dihantar kepada elxahraventures@gmail.com atau WhatsApp +6011-2838 1322.

2. Data yang mungkin dikumpul

  • nama atau nama paparan pemilik akaun;
  • alamat e-mel dan nombor telefon yang diberikan;
  • nama paparan pelajar, avatar dan tahun persekolahan;
  • progress pembelajaran, jawapan, skor, XP, level, streak dan misi;
  • maklumat langganan, plan, status pembayaran dan rujukan transaksi;
  • pengenalan peranti, jenis browser, user agent, alamat IP dan log keselamatan;
  • UTM campaign, referral code, landing page, Facebook click ID (fbclid), TikTok click ID (ttclid) dan pengenalan pengiklanan berkaitan, jika pemasaran dibenarkan;
  • mesej sokongan, laporan masalah dan maklum balas yang dihantar.

3. Data yang kami tidak minta untuk pembelajaran biasa

  • nombor kad pengenalan pelajar;
  • gambar sebenar pelajar;
  • alamat rumah pelajar;
  • nama sekolah, kecuali diperlukan untuk program khas;
  • maklumat kesihatan atau diagnosis;
  • kata laluan, OTP atau akses akaun bank pengguna.

4. Tujuan data digunakan

  • mencipta dan mengurus akaun;
  • menyimpan progress mengikut profil pelajar;
  • menyediakan XP, level, streak dan misi;
  • mengurus langganan dan had peranti;
  • memproses dan mengesahkan pembayaran;
  • memberikan sokongan dan menyelesaikan aduan;
  • mengesan fraud, penyalahgunaan dan risiko keselamatan;
  • membaiki bug dan meningkatkan prestasi;
  • dengan kebenaran pemasaran, mengukur keberkesanan kempen, referral, pendaftaran, checkout dan pembelian;
  • memenuhi keperluan undang-undang dan rekod transaksi.

5. Data kanak-kanak

LearnLah direka untuk digunakan oleh pelajar di bawah pemantauan ibu bapa atau penjaga. Akaun utama, pembelian dan pengurusan profil pelajar hendaklah dikawal oleh individu dewasa.

Data profil pelajar digunakan untuk pengalaman pembelajaran, penyimpanan progress dan pengurusan langganan keluarga.

Kami tidak berniat menggunakan maklumat pembelajaran sensitif pelajar untuk membina audience pengiklanan.

6. Penyedia perkhidmatan

Kami mungkin menggunakan penyedia teknologi yang membantu menyediakan pengehosan aplikasi, pangkalan data awan, pengesahan akaun, keselamatan, komunikasi, analitik dan pemprosesan pembayaran.

Penyedia pembayaran semasa ialah Billplz. LearnLah tidak menyimpan maklumat penuh kad atau kelayakan perbankan pengguna.

Apabila pengguna memberi kebenaran pemasaran, LearnLah juga menggunakan Meta Platforms dan TikTok sebagai penyedia teknologi pengiklanan, pengukuran dan attribution.

7. Meta Pixel, TikTok Pixel dan server-side events

Dengan kebenaran pemasaran, LearnLah boleh menggunakan Meta Pixel dan TikTok Pixel untuk merekod aktiviti seperti lawatan halaman, pendaftaran, permulaan checkout dan pembelian.

LearnLah juga menggunakan Meta Conversions API dan TikTok Events API bagi menghantar event pembelian yang telah disahkan oleh sistem pembayaran.

Maklumat yang boleh digunakan untuk attribution termasuk click ID, browser identifier, campaign parameter, user agent dan pengenalan akaun yang di-hash. E-mel yang digunakan untuk server-side matching dihantar dalam bentuk hash, bukan teks biasa.

LearnLah tidak sengaja menghantar jawapan pembelajaran, diagnosis, maklumat kesihatan, kata laluan atau butiran perbankan kepada platform pengiklanan.

8. Cookies dan local storage

Penyimpanan browser yang diperlukan boleh digunakan untuk sesi login, keselamatan, pengenalan peranti, pilihan pengguna dan fungsi platform.

Penyimpanan pemasaran hanya digunakan selepas pengguna memilih untuk membenarkan pemasaran. Ia boleh termasuk attribution LearnLah, Meta identifiers dan TikTok identifiers.

Attribution kempen LearnLah boleh disimpan sehingga 90 hari bagi menghubungkan kempen atau referral kepada transaksi.

Menyekat penyimpanan browser tertentu boleh menyebabkan sesetengah fungsi atau pengukuran pemasaran tidak berjalan sepenuhnya.

9. Pilihan pemasaran

Pengguna boleh memilih sama ada membenarkan atau menolak teknologi pemasaran melalui paparan Pilihan Privasi LearnLah.

Menolak pemasaran tidak menghalang penggunaan fungsi utama LearnLah, login, pembelajaran atau pembayaran.

Pilihan boleh diubah semula melalui butang “Pilihan Privasi” yang dipaparkan pada laman.

10. Pemprosesan atau penyimpanan luar Malaysia

Sesetengah penyedia teknologi, termasuk penyedia awan, pembayaran dan platform pemasaran, mungkin mempunyai infrastruktur atau sistem sokongan di luar Malaysia.

Apabila berkenaan, kami mengambil langkah munasabah untuk melindungi data mengikut keperluan yang terpakai.

11. Tempoh penyimpanan

  • data akaun aktif disimpan sepanjang tempoh penggunaan yang diperlukan;
  • rekod transaksi boleh disimpan untuk audit, cukai, pertikaian dan pematuhan;
  • log keselamatan disimpan untuk tempoh yang munasabah;
  • attribution pemasaran LearnLah boleh disimpan sehingga 90 hari;
  • data akaun yang ditamatkan boleh dipadam, dinyahkenal pasti atau disimpan setakat yang diwajibkan.

12. Keselamatan data

Kami menggunakan langkah teknikal dan operasi yang munasabah termasuk kawalan akses, pengesahan, had peranti, rekod transaksi, hashing tertentu dan sekatan pangkalan data.

Tiada sistem internet boleh dijamin selamat sepenuhnya. Pengguna juga bertanggungjawab menjaga e-mel, peranti dan sesi login.

13. Hak dan permintaan pengguna

Pengguna boleh menghubungi kami untuk:

  • meminta akses kepada data tertentu;
  • membetulkan maklumat yang tidak tepat;
  • meminta penjelasan mengenai pemprosesan;
  • meminta pemadaman atau penamatan akaun, tertakluk kepada rekod yang perlu disimpan;
  • mengemukakan aduan privasi.

14. Perubahan notis

Notis ini boleh dikemas kini bagi mencerminkan perubahan operasi, produk, penyedia teknologi atau undang-undang. Versi terkini akan dipaparkan di halaman ini.